Sunday, June 30, 2013

PAPAN SUIS - PENGENALAN KEPADA PAPAN SUIS (MSB/SSB)

Papan suis atau switch board yang biasa kita dengar adalah Main Switch Board (MSB) atau Sub-Switch Board (SSB). Kedua-duanya secara asasnya mempunyai fungsi yang sama. Fungsi utama Papan Suis adalah untuk memutuskan litar sama seperti fungsi suis-suis yang lain. Selain dari itu fungsi Papan Suis adalah untuk mengawal kemasukan dan pengagihan kepada beban.



Di Malaysia, kebiasaannya pengeluar Papan Suis akan menggunakan/mengikut standard yang di keluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana JKR merupakan pelanggan yang paling utama dan paling cerewet bagi produk Papan Suis ini.

Rekabentuk papan suis biasanya ada dua iaitu (i) Wall mounted, (ii) Cubical.
Jenis Wall mounted biasanya untuk ampiar yang kecil, kurang 150A.

contoh wall-mounted;

contoh cubical seperti 3 bijik kat bawah ni...

Jenis-jenis kemasukan Papan Suis Utama biasanya ada 3 jenis,
(1) 1 kemasukan (1 Incoming)
 

(2) 2 kemasukan (2 Incoming) berserta bus-tie
(3) 2 kemasukan (1 dari TNB & 1 dari EMS board)

Terdapat tiga klas PSU;
(1) Tiada kompartmen iaitu tiada dinding pemisah di antara bahagian-bahagian dalam PSU.
(2) Sebahagian berkompartmen iaitu sebahagian sahaja dipisahkan daripada yang lainnya.
(3) Sepenuhnya berkompartmen iaitu semua bahagian diasingkan dari yang lain.

Di antara keperluan bilik suis adalah;
(1) Berhampiran dengan penempatan beban yang tinggi bagi mengurangkan perbelanjaan submains dan kabel.
(2) Terhindar daripada banjir atau dekat dengan punca-punca air.
(3) Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja-kerja operasi dan senggaraan mudah dijalankan.
(4) Ditempatkan didalam bilik khas dan mempunyai pintu yang berkunci.
(5) Bilik suis hendaklah menerima pengedaran udara yang baik.
(6) Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan anti vermin proff netting supaya serangga tidak dapat masuk.
(7) Ruang kosong berukuran minima 2.5kaki dibahagian belakang dan minima 4.5 kaki dibahagian hadapan PSU untuk kerja-kerja senggaraan.
(8) Mempunyaisaluran-saluran yang mencukupi untuk kemasukan dan keluar kabel.
(9) Bilik suis hendaklah dilengkapkan dengan alat pemadam api jenis gas yang dibenarkan seperti CO2.
(10) Lampu biasa,lampu kecemasan dan soket alir keluar dengan jumlah yang mencukupi hendaklah disediakan di dalam bilik suis.
(11) Rajah skema dan tikar getah dengan saiz yang sesuai hendaklah dipaparkan didalam bilik PSU.

Bas-bar kuprum

Basbar adalah pengalir yang digunakan untuk mengagihkan bekalan elektrik dari pemutus litar utama kepada pemutus litar yang lain. Bas-bar digunakan bagi menggantikan kabel kerana lebih tahan, stabil dan pemasangan yang kemas.

Saiz Bus-Bar Kuprum Voltan Rendah
Kadaran Arus Pemutus Litar
6.3 mm x 25 mm         
250 Amp
6.3 mm x 31.5 mm
300 Amp
6.3 mm x 40 mm
400 Amp
6.3 mm x 50 mm
500 Amp
6.3 mm x 60 mm
600 Amp
6.3 mm x 80 mm
800 Amp
6.3 mm x 100 mm
1000 Amp
2 x 6.3 mm x 60 mm
1200 Amp
2 x 6.3 mm x 80 mm
1600 Amp

Pemutus Litar Udara – PLU  (Air Circuit Breaker - ACB)

ACB biasanya digunakan untuk papan suis sederhana dan sederhana besar. Biasanya untuk beban yang lebih dari 600A dan kurang dari 2000A. Jika lebih lebih besar adalah lebih baik untuk gunakan pemutus litar jenis lain seperti Pemutus Litar Hampagas (Vacuum Circuit Breaker - VCB) dan lain-lain lagi. ACB perlu disenggara/servis mengikut jadual bagi memastikan keadaan dan performance sentiasa baik.

Pemutus Litar Bekas Beracuan ( Moulded Case Circuit Breaker - MCCB)

MCCB digunakan untuk memutuskan litar bersaiz sederhana kecil. Biasanya 40A hingga 400A. Funginya hanya untuk memutus litar. Tidak perlu diservis.  

Alatubah arus (Current transfomer - CT) 

CT digunakan untuk menurunkan arus utama yang tinggi kepada arus skunder yang lebih rendah. Kebiasaannya dipasang untuk alat pengukur (metering) atau perlindungan. CT tidak dipasang secara direct dengan litar utama, tetapi menggunakan konsep aruhan untuk menghasilkan arus sekunder yang kecil samada 5A, 10A, dan sebagainya. Kebiasaannya adalah 5A.

Geganti Perlindungan (Protection Relay)

Relay digunakan untuk tujuan menghantar isyarat kepada breaker untuk memutuskan litar secara automatik. 
Terdapat 2 jenis Relay;
(1) Earth Leakage/Fault Relay
(2) Overcurrent Relay

Relay perlu ditatah (setting) mengikut keperluan bergantung pada beban (% amp) dan masa untuk trip. 

Capasitor Bank

Capacitor bank digunakan untuk memperbetul atau membaiki faktor kuasa (power factor). Faktor kuasa yang sebaik-baiknya adalah 1 tetapi adalah mustahil untuk mendapatkan pf=1. TNB membenarkan pf dalam lingkungan 0.85 hingga 1, TNB akan mengenakan caj penalti jika kurang dari itu. Faktor kuasa boleh berubah-ubah bergantung pada kegunaan kita; jika kerap dan banyak menggunakan barang bermotor, power factor akan berubah. Operasi capasitor bank ini dikawal oleh power factor regulator. Tidak semestinya semua papan suis akan ada capasitor bank. Ianya bergantung kepada rekabentuk sesebuah papan suis tersebut.

Mungkin ada lagi komponen-komponen yang lain yang terdapat pada papan suis yang saya tidak sebut kerana setiap papan suis adalah direka mengikut keperluan pelanggan. Semuanya adalah unik. Boleh saja tambah dan buang aksesori pada papan suis bergantung pada kehendak dan bajet.
          

12 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian ilmu saudara

    ReplyDelete
  2. amat bagus cume perlu ditambah beberapa perkara lagi

    ReplyDelete
  3. klu x keberatan bole share detail calculation and design utk capacitor bank..

    ReplyDelete
  4. Ulasan yg baik dan santai untuk d fahami..

    ReplyDelete
  5. terima kasih sedara . mudah difahami . thumbs up

    ReplyDelete
  6. perkongsian yg membantu..terbaik

    ReplyDelete
  7. Jika 415v melonjak ke 450v pada psu,,apa hrs kita buat?

    ReplyDelete
  8. Jika 415v pd psu naik ke 450v,,apa yg harus di buat utk kekalkan 415v?

    ReplyDelete
  9. cukupkah 1 switch room sahaja untuk load 1500 kW seluas 50 acres, atau perlu split load ke 2 bahagian ? minta pencerahan .. terima kasih jika ada yg membantu

    ReplyDelete
  10. Apa bahan² utk mendawai wallmounted ni maaf brtnya

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. PW untuk litar mati dan domestik

      Delete